Posts

Showing posts from 2009

BERSYUKUR

Image
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Setiap manusia mempunyai berbagai-bagai pemberian (nikmat) dari Allah SWT. Pemberian-pemberian asas yang biasanya diperolehi oleh setiap orang ialah kesihatan, penglihatan, pendengaraan dan berbagai-bagai lagi pemberian semula jadi yang diberikan oleh Allah SWT. Dengan pemberian ini seseorang itu akan didorong untuk bersyukur atau berterima kasih.

Bersyukur ialah suatu tindak balas yang baik, sama ada melalui perkataan atau perbuataan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih.

Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pujian, selain daripada Allah S.W.T yang menjadikan manusia dan seluruh mahluk. Terlalu besar nikmat dan pemberian yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hamba- NYA. S…